PANGKOR ISLAND HOMESTAY
RUMAH 3 BILIK DI TELUK NIPAH
Homestay / inapdesa kami ini terletak di Teluk Nipah Pulau Pangkor. Sesuai untuk keluarga yang besar atau berkumpulan. Terdapat 5 buah rumah dan lokasi nya di Lot 4498 Teluk Nipah. Sekitar nya di kelilingi chalet chalet dan resort. Untuk ke pantai hanya berjalan kaki sahaja. Juga terdapat mini market dan kedai kedai makan berdekatan Homestay ini.Boleh memasak sendiri di homestay ini kerana peralatan di sediakan, ini lebih menjimatkan.
Setiap rumah ada 3 bilik tidur yang di lengkapi aircond. Setiap bilik tidur ada 1 katil queen dan tambahan 2 tilam bujang. Muat untuk 12 orang. Pengangkutan teksi (van 10 seater) dari jeti Pangkor untuk ke homestay memudahkan Anda untuk ke homestay ini.
KEMUDAHAN DI SETIAP RUMAH
- 2 bilik mandi dan tandas
- Meja makan
- Sofa
- Dapur nasi elektrik
- Dapur gas
- Cerek elektrik
- Peti sejuk beku
- Seterika
- Periuk belanga
- Pinggan dan Cawan
- Sejadah
- Selimut dan tuala mandi
- TV astro
- Tempat Bbq percuma
Ruang tamu yang luas juga memberi kelebihan jika ramai.
Berdekatan homestay juga terdapat mesin dobi layan diri yang
diuruskan oleh pihak kami.
HARGA UNTUK SE MALAM
Hari Ahad hingga Khamis Rm400
Jumaat dan Sabtu Rm400
Cuti sekolah Rm400
Cuti Umum Rm450
Hubungi kami untuk info lanjut atau tempahan, klik pautan ini:
