PENGINAPAN PERCUTIAN DI PULAU PANGKOR

PENGINAPAN PERCUTIAN DI PULAU PANGKOR

Menu

TEMPAHAN TEMPAT PENGINAPAN PAKEJ CHALET DAN HOMESTAY DI TELUK NIPAH PULAU PANGKOR  

PULAU PANGKOR

Pulau Pangkor adalah satu satunya pulau percutian di negeri Perak Terletak di Selat Melaka dan boleh di kunjungi dengan fery dari terminal jety Lumut.

Pulau ini di buka sepanjang tahun, oleh kerana ia berada di pantai barat semenanjung maka tiada musim monsoon seperti di pantai timur.

Mata pencarian utama di Pulau Pangkor berkisar pada perikanan dan pelancongan. Nelayan mencari rezeki dengan menangkap ikan, termasuk ikan bilis yang terkenal, manakala sektor pelancongan menyediakan peluang pekerjaan dalam penginapan, perkhidmatan makanan, dan penjualan cenderamata.   
Untuk memenuhi keperluan pelancong yang berkunjung ke Pulau ini, kami menyediakan tempat penginapan chalet dan homestay serta pakej pakej murah dan menarik yang memenuhi keperluan anda.
Diantara tempat tempat menarik dan menjadi tumpuan utama di Pulau Pangkor ialah pantai Teluk Nipah. Disini terdapat berbagai kemudahan penginapan chalet, resort dan homestay juga reakrasi aktiviti laut, restoran, mini market dan kemudahan membeli belah,

Kami mengurus dan mengendalikan 3 tempat penginapan di Teluk Nipah Pulau Pangkor untuk pilihan penginapan dan pakej Anda.

1. PANGKOR ISLAND CHALET

2. PANGKOR INN CHALET

3. PANGKOR ISLAND HOMESTAY 


BAGAIMANA KE PULAU PANGKOR

KE BANDAR LUMUT

Melalu Jalan Raya.

Para pelancong boleh melalui jalan raya, jalan persekutuan atau pun lebuh raya PLUS ke Bandar Lumut untuk ke Pangkor dengan menaiki teksi, bas atau pandu sendiri. Dari selatan, Anda boleh susur keluar melalui bandar Bidor, dan dari utara susur keluar melalui Changkat Jering dan masuk ke lebuhraya WCE.


Parking

Jika Anda membawa kenderaan sendiri, Anda boleh meletakan

kenderaan Anda di Lumut. Banyak tempat parking di sini samada tapak

sendiri, Masjid Lumut atau Parking bertingkat Majlis Perbandaran

Manjung.


Feri

Untuk sampai ke Pangkor Anda perlu untuk mengambil feri di Jeti Lumut.

Ada 3 syarikat Feri yang bergabung beroperasi di sini. Anda boleh

menaiki mana mana feri ke Pangkor. Kadar tambang untuk dewasa ialah

Rm20.00 dan kanak kanak Rm11.00. Kadar ini adalah untuk pergi balik.

Anda perlu menunjukan tiket apabila menaikii feri semasa pulang.

Perjalanan mengambil masa diantara 30 ke 45 minit.

Untuk perjalanan Feri yang lebih pantas untuk ke Pangkor, anda juga

boleh mengunakan jeti di Teluk Muroh (Marina). Ia hanya mengambil

masa sekitar 5 ke 10 minit saja.

Sila dapatkan panduan dari petugas semasa mendapatkan

perkhidmatan ini. 

Tiket fery juga boleh di tempah melalui online www.easybook.com


JADUAL PERJALANAN FERI

LUMUT   -     PANGKOR

 7;15       -         6;30

 9;30       -        8;15

10;30      -        10;30

11;30      -        11;30

12;45     -         12;45

14;00     -        14;00

15;30     -         15;30

17;00     -        16;30

18;30     -         17;45

19;00     -         18;15


Untuk info lamjut dan tempahan, sila klik pautan whatsap ni www.wasap.my/60174673477

  

X